Lompat ke kandungan
Arkib
Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.
← Analisis KesihatanHLT · Fail 02

Transkrip episod

Pakar Bedah 'Tersangkut' Birokrasi

Parallel Pathway · Pindaan Akta Perubatan 1971

Siri
Analisis Kesihatan
Episod
2
Panjang
1 min baca
Lampiran
0

Bayangkan anda telah menimba ilmu bertahun-tahun dan berjaya lulus peperiksaan perubatan antarabangsa yang sangat sukar. Tetapi apabila anda mahu berkhidmat di Malaysia, anda diberitahu kelayakan pakar anda tidak sah. Inilah igauan ngeri yang menimpa empat graduan pembedahan kardiotoraks negara baru-baru ini, mencetuskan satu krisis perubatan nasional.

Punca utamanya adalah krisis pendaftaran pakar melalui parallel pathway. Keempat-empat doktor ini memegang kelayakan berprestij FRCS Edinburgh. Namun, permohonan mereka ditolak oleh Majlis Perubatan Malaysia. Mereka dihalang daripada memasuki National Specialist Register atau NSR. Kenapa? Semuanya kerana satu lompang teknikal dalam undang-undang lama. Akta asal mensyaratkan semua latihan kepakaran mesti mendapat akreditasi MQA. Masalahnya, program parallel pathway ini dikendalikan oleh Royal Colleges di United Kingdom dan badan profesional, bukannya sebuah universiti. Jadi secara teknikalnya, program ini tidak boleh diakreditasi oleh MQA.

Akibat daripada birokrasi akta lapuk ini, sistem kesihatan kita berisiko kehilangan pakar bedah yang sangat kritikal. Menyedari kepincangan ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bertindak drastik membawa usul meminda Akta Perubatan 1971 ke Parlimen untuk menyelesaikan kebuntuan ini secara tuntas.

Pindaan Akta Perubatan ini bukan sekadar satu kemenangan undang-undang buat para doktor. Ia adalah garis hayat buat pesakit di Malaysia. Dengan melonggarkan red tape akreditasi ini, kita kini boleh menyerap lebih ramai pakar parallel pathway ke dalam hospital kerajaan dengan sah dan pantas. Ini bermakna, masa menunggu rawatan kritikal rakyat marhaen dapat disingkatkan. Apabila undang-undang dipermudahkan untuk doktor pakar, nyawa pesakit yang akan diselamatkan. NOKTA.

Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.

Tonton di TikTok