Transkrip episod
Bapa Doktor Kontrak vs Penyelesai Masalah
Menjawab 'Cybertrooper' Najib Razak · Isu Doktor Kontrak
- Siri
- Analisis Kesihatan
- Episod
- 15
- Panjang
- 1 min baca
- Lampiran
- 0
Baru-baru ini, salah seorang jurucakap atau cybertrooper Datuk Seri Najib Razak, iaitu Lim Sian See, telah memuat naik satu hantaran provokasi. Beliau menuduh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Doktor Zulkifli Ahmad gagal menyediakan jawatan tetap dan gagal menyelesaikan isu doktor kontrak. Tetapi sebelum menuding jari, mari kita semak lipatan sejarah. Siapakah sebenarnya pencipta sistem doktor kontrak yang menggantung masa depan ribuan petugas kesihatan kita?
Jika Lim Sian See lupa, mari kita ingatkan beliau. Krisis ini bermula pada penghujung tahun 2016 di bawah pentadbiran Bosku sendiri. Akibat kelemahan unjuran tenaga kerja, kerajaan pada waktu itu mengambil jalan pintas yang akhirnya membebankan Kementerian Kesihatan sehingga hari ini. Dengarkan sendiri pengumuman rasmi daripada Bapa Doktor Kontrak Malaysia.
Jadi siapa yang sebenarnya sedang membersihkan kekusutan ini? Berbanding sekadar bercakap kosong, Doktor Zul baru sahaja melancarkan reformasi bersejarah pada Julai lalu. Pertama, KKM akhirnya berjaya mendapatkan autonomi penuh daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, untuk mengurus sendiri perjawatan tanpa kerenah birokrasi lama. Kedua, seramai empat ribu lima ratus doktor kontrak ditawarkan pelantikan tetap pada tahun ini sahaja. Ini menjadikan keseluruhan serapan ke jawatan tetap melebihi lapan belas ribu lima ratus orang di bawah Kerajaan MADANI!
Bukan itu sahaja, Menteri Kesihatan kini mensasarkan untuk menamatkan sepenuhnya era doktor kontrak menjelang tahun dua ribu dua puluh lapan, di mana setiap pegawai perubatan siswazah akan terus ditawarkan jawatan tetap. Kesimpulannya, Lim Sian See harus cermin pentadbiran lamanya dahulu. Anda tidak boleh menjadi arkitek kepada sebuah krisis perubatan negara, kemudian lantang menyalahkan orang lain yang sedang bertungkus lumus membaiki kerosakan yang anda tinggalkan. Fakta tidak boleh menipu. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok