Lompat ke kandungan
Arkib
Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.
← PendidikanEDU · Fail 10

Petikan ucapan

Hanya 28% CCTV Berfungsi?

Misi Baharu KPM · Elak Tragedi Berulang

Siri
Pendidikan
Episod
10
Panjang
1 min baca
Lampiran
0

Nota. Episod ini tidak mempunyai naratif NOKTA. Audionya sepenuhnya rakaman ucapan pihak yang disebut, dan teks di bawah ialah petikan ucapan itu, bukan ayat kami.

11 INISIATIF REFORMASI KPM

Selepas saja kedua-dua kes ini, maknanya selepas kes anak anda Zahra... kita terus membuat jawatankuasa khas yang terus memberikan tumpuan kepada 11 inisiatif. Dan kemudiannya, untuk kes tragedi yang berlaku di bandar Damansara Utama, juga dengan reform yang kita laksanakan.

HANYA 28.94% CCTV BERFUNGSI

Audit keselamatan murid dan asrama yang telah diterajui oleh Jemaah Nazir pada tahun 2025 yang merangkumi 850 buah sekolah di seluruh negara telah membuka mata kita... Contohnya, sistem CCTV yang berfungsi sepenuhnya hanya terdapat di 28.94% sekolah.

INI TENTANG MISI

Ini adalah panggilan kita untuk bertindak... Sebab itu saya nak tegaskan, hari ini bukan ucapan. Hari ini bukan tentang ucapan. Ini tentang misi. Jadi kalau 28.94% sahaja yang berfungsi, macam mana kita nak yakinkan sekolah kita selamat.

CHILD PROTECTION POLICY

Selain daripada CCTV, kita juga mesti memastikan perlindungan itu lebih menyeluruh... kita telah pun menyiapkan polisi perlindungan murid, Child Protection Policy kita, yang akan berlangsung di semua sekolah... minggu depan... polisi ini akan kita sebarluaskan dan akan ditandatangani sebagai aku janji kepada semua pihak yang harus memastikan keselamatan murid di dalam sekolah.

Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.

Tonton di TikTok