Transkrip episod
Cikgu Terpaksa Guna Duit Poket Sendiri
Out of Pocket · Geran RM2 Juta · YGTHO
- Siri
- Pendidikan
- Episod
- 12
- Panjang
- 1 min baca
- Lampiran
- 0
Selama ini, kisah guru menggunakan duit poket sendiri untuk membeli dakwat mesin cetak, kertas A4, atau menyewa kelengkapan kelas sudah menjadi satu normalisasi yang menyedihkan. Realitinya, guru sepatutnya fokus kepada tugas mengajar, bukan mensubsidi kelengkapan logistik sekolah kerajaan. Menyedari keluhan tegar di media sosial ini, Kementerian Pendidikan akhirnya menekan butang penyelesaian.
Selesai isu perkakasan asas, persoalan seterusnya muncul. Bagaimana pulak dengan pendidik yang sangat berdedikasi dan sanggup berhabis wang ringgit sendiri demi menghasilkan Alat Bantuan Mengajar yang luar biasa? Bagi mengelakkan golongan guru kreatif ini daripada menanggung tekanan kewangan, Kementerian Pendidikan meluluskan satu lagi peruntukan khas buat mereka.
Secara keseluruhan, suntikan dana geran bernilai dua juta ringgit melalui Yayasan Guru Tun Hussein Onn ini membawa satu isyarat yang sangat jelas. Kementerian Pendidikan mula mendengar rintihan dari bawah. Apabila isu logistik asas berjaya diselesaikan, dan kreativiti guru mula dibiayai secara rasmi, kualiti pengajaran di dalam bilik darjah pasti akan melonjak naik secara semula jadi. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok