Transkrip episod
Kuil Atas Rezab Jalan
Kenapa Kerajaan Beralah Demi 'Struktur Haram'?
- Siri
- Isu Semasa
- Episod
- 1
- Panjang
- 2 min baca
- Lampiran
- 0
Kalau gerai makcik jual nasi lemak pacak tiang tepi jalan, sekelip mata jentolak majlis perbandaran datang robohkan. Tetapi, apabila sebuah kuil didapati terbina secara haram di atas tanah rezab jalan raya kerajaan, apa yang berlaku? Wakil rakyat sanggup duduk bermesyuarat dengan berbilang agensi semata-mata mencari jalan untuk menyelamatkan struktur haram tersebut. Kebodohan apakah ini? Adakah label kuil memberi imuniti kebal untuk menghalalkan pencerobohan tanah kerajaan?
Mari kita bedah hantaran Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ini. Beliau bangga mengumumkan bahawa mesyuarat bersama DBKL, Pejabat Tanah Kuala Lumpur dan Selangor, MBSJ, dan pemaju telah diadakan. Tujuannya? Untuk melebarkan jajaran baru di Jalan Mas. Kenapa jajaran baru? Kerana jajaran asal terhalang oleh Kuil Sri Sakhti Nageswary Amman yang menceroboh tanah rezab jalan. Apabila kerajaan terpaksa mengubah pelan induk infrastruktur awam semata-mata untuk mengelak sebuah struktur haram, siapa yang tanggung kos kerugiannya? Kos kajian semula pelan, kos pengambilalihan tanah bersebelahan yang mungkin milik swasta, dan kelewatan penyuraian trafik, semuanya ditanggung oleh pembayar cukai.
Ini bukan soal rasis. Ini adalah soal ketegasan undang-undang tanah negara. Komuniti lain boleh sahaja patuh apabila surau atau tempat ibadat mereka diarah pindah kerana melanggar status tanah. Mengapa pihak ini diberikan keistimewaan? Apa yang Ahli Parlimen ini sedang lakukan adalah mencipta satu legal precedent yang amat menakutkan. Jika hari ini kerajaan beralah dan menukar pelan jalan raya demi sebuah kuil haram, esok lusa, mana-mana pihak boleh memacak bangunan haram di tengah laluan awam, dan memaksa kerajaan melencongkan jalan tersebut. Pemaju sudah bina kondo kepadatan tinggi, trafik bakal sesak, tetapi jalan raya yang patutnya lebar terpaksa dibengkokkan demi menjaga hati penceroboh.
Dalam menguruskan negara yang majmuk, jalan penyelesaian bagi struktur haram bukanlah dengan membengkokkan jalan awam. Lebih ironi, sebagai pemimpin DAP yang memperjuangkan ideologi Malaysian Malaysia yang kononnya buta warna, Teresa Kok seharusnya bertindak objektif menyelesaikan masalah ini berlandaskan kedaulatan undang-undang yang sama rata untuk semua, bukannya menjadi jaguh populis yang hanya back up komuniti tertentu walaupun mereka terang-terangan bersalah. Kedaulatan undang-undang negara tidak boleh tunduk pada struktur haram. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok