Lompat ke kandungan
Arkib
Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.
← Isu SemasaSMS · Fail 02

Transkrip episod

Untung Atas Kertas, Hakikatnya Kering

Skandal RM10 Bilion Tabung Haji Terbongkar

Siri
Isu Semasa
Episod
2
Panjang
2 min baca
Lampiran
0

Bayangkan kedai runcit anda rugi seribu empat ratus ringgit, tetapi akauntan anda tulis dalam buku bahawa kedai anda untung tiga ribu empat ratus ringgit. Anda pasti sudah panggil polis kerana ini adalah penipuan. Tetapi ini bukan kedai runcit. Ini adalah Tabung Haji, institusi yang memegang simpanan sepuluh juta umat Islam. Selamat datang ke pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja atau RCI yang dibentangkan di Parlimen pada sebelas Ogos lalu.

Bagaimana sebuah institusi boleh menyembunyikan defisit kewangan bernilai empat perpuluhan lapan bilion ringgit? RCI mendedahkan taktik yang sangat menakutkan. Hanya dalam masa satu hari, pengurusan Tabung Haji menukar peraturan tahap rosot nilai pelaburan sebanyak tiga kali berturut-turut, semata-mata untuk mengelak daripada mengisytiharkan kerugian. Apabila untung dicipta atas kertas, mereka membayar dividen atau hibah yang tinggi. Dari mana datang duit dividen itu jika mereka sedang rugi? Menteri Agama sendiri menyifatkannya ibarat skim Pak Man Telo. Mereka mengambil duit simpanan pendeposit, dan membayarnya kembali kepada pendeposit sebagai dividen.

Anda nak buat pinjaman beli kereta di bank pun perlukan cagaran kukuh. Tetapi Tabung Haji meluluskan pengeluaran satu perpuluhan lima lima bilion ringgit untuk pelaburan hotel di Timur Tengah dengan hanya bersandarkan sekeping surat janji peribadi. Hasilnya? Daripada empat belas pelaburan bermasalah yang dikenal pasti, tujuh daripadanya rugi seratus peratus. Sen pun tak tinggal. Ironinya, ketika institusi ini merugi teruk, pihak pengurusan atasan dan kakitangan tertentu seronok menerima habuan bonus sehingga tiga belas bulan gaji pada tahun dua ribu empat belas, yang menelan belanja lebih tujuh puluh empat juta ringgit wang rakyat.

Laporan RCI ini turut membunuh satu fitnah politik terbesar. Selama lapan tahun kita ditipu kononnya aset Tabung Haji telah dijual kepada bukan Islam atau pihak luar. Hakikatnya, aset itu diambil alih oleh Urusharta Jamaah, iaitu syarikat seratus peratus milik kerajaan, untuk bailout atau menyelamatkan Tabung Haji daripada lumpuh. Kos bailout ini menelan belanja sepuluh perpuluhan dua bilion ringgit duit pembayar cukai. Di sebalik angka bilion ini, ada mak cik yang menyimpan lima puluh ringgit sebulan selama dua puluh tahun, namun meninggal dunia sebelum sempat dipanggil ke Tanah Suci. Ada orang menabung untuk berjumpa Tuhan, tetapi ada orang merompaknya untuk kepentingan diri. NOKTA.

Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.

Tonton di TikTok