Transkrip episod
Siapa Sebenarnya Ibu Soko?
Kuasa Wanita Di Balik Takhta Undang
- Siri
- Krisis Nogori
- Episod
- 3
- Panjang
- 1 min baca
- Lampiran
- 0
Dalam kebanyakan sistem monarki dan adat tradisional di seluruh dunia, kuasa hierarki dan pelantikan pemimpin sering didominasi oleh kaum lelaki. Namun, wujud satu pengecualian yang sangat unik di Negeri Sembilan. Di bawah sistem Adat Perpatih, pemegang kuasa veto sebenar, atau kingmaker yang menentukan jatuh bangun seorang pemimpin tertinggi, rupa-rupanya terletak di tangan seorang wanita yang digelar Ibu Soko. Sejauh manakah luasnya kuasa mereka?
Untuk memahami perkara ini, kita perlu melihat struktur Adat Perpatih yang mana setiap suku atau perut diketuai oleh seorang wanita. Dengarkan penerangan Professor Emeritus Dato Noor Aziah.
Kenyataan dia yang melantik, dia jugalah berhak memecat, adalah kunci utama kepada krisis yang berlaku di Negeri Sembilan baru-baru ini. Kesilapan yang sering dilakukan oleh orang luar, khususnya orang politik, adalah mereka menyangka Ibu Soko ini hanyalah wanita tua di kampung yang boleh dibuli atau diperalatkan. Realitinya sangat berbeza.
Pendedahan ini membuktikan betapa geniusnya minda nenek moyang kita. Ratusan tahun sebelum negara barat melaungkan tentang hak asasi wanita dan sistem check and balance, Adat Perpatih telah pun mempraktikkannya. Dengan meletakkan kuasa pelantikan dan pemecatan di tangan wanita, sistem ini memastikan tiada pemimpin lelaki yang boleh bertukar menjadi diktator mutlak. Harta pusaka dan tampuk pemerintahan ada ibu yang menjaganya. Jangan pandang rendah pada kuasa wanita Negeri Sembilan. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok