Transkrip episod
Undang Pecat Ibu Soko Atau Sebaliknya?
Merungkai Kekusutan Adat Sungai Ujong
- Siri
- Krisis Nogori
- Episod
- 2
- Panjang
- 1 min baca
- Lampiran
- 0
Sejak krisis pemecatan Undang Luak Sungai Ujong meletus, wujud satu naratif yang berlegar kencang di media sosial. Ramai pihak berhujah bahawa Ibu Soko yang memecat Datuk Mubarak pada April 2025, sebenarnya telah pun dipecat oleh Mubarak sendiri pada tahun 2024. Jadi, bagaimana orang yang sudah dipecat, mempunyai kuasa untuk memecat seorang Undang? Untuk menjawab paradoks ini, kita perlu memahami satu rahsia hierarki Adat Perpatih yang jarang diketahui umum.
Dalam sistem Adat Perpatih, kuasa tidak turun dari langit. Ia mengalir melalui nasab keturunan ibu. Dan di sinilah letaknya titik buta atau blind spot masyarakat luar. Dengarkan pendedahan pakar rujuk adat ini mengenai kedudukan sebenar Datuk Mubarak dalam hierarki keluarganya.
Fakta ini sangat kritikal. Hubungan Mubarak dan Ibu Soko bukan sekadar pemimpin dan pengikut, tetapi ia adalah hubungan pertalian darah yang sangat rapat. Mubarak dilantik dan memegang takhta Undang atas ehsan menumpang soko atau pusaka kakak sepupu tuanya. Namun, selepas bertahun-tahun memerintah, kepincangan mula berlaku di dalam luak.
Kembali kepada persepsi popular tadi, adakah sah seorang Undang memecat Ibu Sokonya pada tahun 2024? Perkataan Soko itu sendiri bermaksud pusaka, dan Ibu Soko adalah pemilik kepada pusaka tersebut. Jika seorang Undang itu berkuasa semata-mata kerana dia menumpang pusaka orang lain, wujud satu persoalan logik yang sangat besar. Ibarat menyewa di rumah pusaka, bagaimana si penyewa boleh menghalau pemilik asal rumah tersebut keluar, lantas merampas gerannya? Bolehkah Datuk Mubarak memecat soko yang beliau sendiri tumpang? Anda nilaikan sendiri. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok