Transkrip episod
Akhirnya, Tiada Lagi 'Duka Lara'
KPM Permudah Syarat e-Gtukar
- Siri
- Pendidikan
- Episod
- 4
- Panjang
- 1 min baca
- Lampiran
- 0
Sudah bertahun-tahun hidup jarak jauh. Berhabis duit untuk tiket bas, tiket kapal terbang, semata-mata untuk bertemu keluarga di hujung minggu. Selama ini, sistem e-Gtukar sering dianggap sebagai tembok besi. Namun, perubahan dasar yang dinanti-nantikan akhirnya tiba.
Bukan guru tidak mahu berkhidmat di pedalaman. Tetapi, apabila syarat pertukaran terlalu rigid—perlu tunggu tiga tahun, perlu cari kekosongan jawatan yang spesifik, dan proses yang seolah-olah tiada penghujung—ia membunuh motivasi. Ramai guru terpaksa mengorbankan rumah tangga demi tanggungjawab. Inilah punca lahirnya istilah 'Guru Duka Lara' yang menghantui dunia pendidikan kita sekian lama.
Berita baik untuk ribuan warga pendidik. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melonggarkan syarat melalui penambahbaikan modul e-Gtukar. Kini, guru yang telah berkhidmat minimum dua tahun sudah boleh memohon pertukaran.
Paling penting, ada kelonggaran besar bagi kes pertukaran suami isteri. Ia bukan sekadar perubahan sistem, ia adalah pengiktirafan bahawa guru juga manusia yang mempunyai tanggungjawab institusi kekeluargaan.
Kita tidak boleh menuntut kualiti pengajaran tertinggi daripada seorang guru yang mentalnya tertekan akibat kerinduan dan perpisahan. Langkah KPM melonggarkan syarat e-Gtukar ini adalah pelaburan jangka panjang yang sangat bijak. Apabila jiwa guru tenang bersama keluarga, kualiti pengajaran di dalam kelas akan meningkat secara automatik. Ini bukan soal memberi hadiah kepada guru, ini soal membetulkan sistem agar pendidikan negara kembali sihat. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok