Transkrip episod
Peguam, Pakar Adat Atau Penderhaka?
Membongkar 'Mastermind' Sebenar Krisis N9
- Siri
- Krisis Nogori
- Episod
- 7
- Panjang
- 2 min baca
- Lampiran
- 0
Sejak Krisis Takhta dan Adat Negeri Sembilan meletus, rakyat disajikan dengan siri drama yang membingungkan. Empat orang Undang dengan beraninya mencuba untuk melucutkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz. Persoalannya, dari manakah mereka mendapat keberanian dan hujah perundangan untuk melakukan penderhakaan sebesar ini? Jika anda menjejaki kronologi krisis ini dengan teliti, semua jalan akan membawa anda kepada satu nama, iaitu Tan Sri Rais Yatim.
Penglibatan Rais Yatim bukanlah kebetulan yang baru berlaku. Obsesi beliau mencampuri urusan adat bermula seawal tahun 1980 ketika bergelar Menteri Besar. Kemuncaknya berlaku pada Mei 2022 apabila beliau secara terbuka menobatkan Undang Jelebu dengan gelaran 'Sultan Jelebu' melalui pemberian replika chop mohor. Akibat manipulasi ini, Waris Jelebu sendiri bangkit memecat Undang mereka pada tahun 2023 atas 33 kesalahan. Paling mengejutkan, kesalahan ke-12 secara terang-terangan mendedahkan wujudnya konspirasi sulit untuk melantik seorang Yamtuan baharu. Tidak hairanlah pada Ogos 2023, Tuanku Muhriz pernah memberi amaran keras bahawa ada pihak luar sedang cuba menggugat kestabilan negeri.
Langkah dalang ini semakin licik menjelang April 2026. Selepas Undang Sungai Ujong disahkan lucut kuasa oleh Dewan Keadilan dan Undang, kumpulan Undang ini bertindak balas cuba menurunkan takhta Tuanku Muhriz. Siapa peguam dan penasihat rasmi mereka? Rais Yatim. Namun pada 30 April, beliau muncul di podcast Keluar Sekejap dan di portal berita, berlakon seolah-olah beliau adalah seorang pakar adat yang berkecuali, tanpa mendedahkan konflik kepentingannya kepada umum. Kegilaan ini memuncak pada 5 Jun lalu apabila beliau sendiri mengetuai istiadat mengisytiharkan Yamtuan baharu, bukan di Istana Seri Menanti, tetapi di sebuah hotel di Melaka.
Mengapa seorang tokoh veteran sanggup mempertaruhkan legasinya untuk memecahbelahkan institusi diraja negerinya sendiri? Jawapannya tidak terletak pada perlembagaan adat, tetapi pada kalendar politik. Hanya dua minggu selepas istiadat di Melaka itu, Rais Yatim diumumkan sebagai Pengerusi Parti Wawasan. Dan kini pada Julai 2026, anaknya sendiri iaitu Dani Rais diletakkan sebagai calon Pilihan Raya Negeri. Segala krisis perlembagaan, penderhakaan, dan polemik adat ini hanyalah satu skrip manipulasi untuk mencipta ketidakstabilan demi merampas kuasa politik Negeri Sembilan. Adat dipertaruhkan, hanya demi percaturan takhta dan kuasa. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok