Lompat ke kandungan
Arkib
Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.Tiada tapisan. Tiada agenda. Dokumen primer sahaja.Setiap dakwaan dipautkan ke fail asal.Video boleh dipadam. Arkib ini kekal.
← Krisis NogoriKN · Fail 08

Transkrip episod

'Undang Yang Empat' Tidak Dirujuk?

Semakan Fakta Dakwaan Rais Yatim · Pelantikan MB

Siri
Krisis Nogori
Episod
8
Panjang
2 min baca
Lampiran
0

Sejurus selepas Pilihan Raya Negeri Sembilan melabuhkan tirainya, satu lagi naratif kontroversi dimainkan. Tan Sri Rais Yatim mendakwa bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Doktor Ahmad Zahid Hamidi telah menceroboh urusan adat dengan masuk campur dalam pelantikan Menteri Besar baharu. Lebih berani, beliau mempersoalkan mengapa Undang Yang Empat seolah-olah dipinggirkan dalam keputusan ini.

Mari kita lakukan semakan fakta ke atas kenyataan tokoh veteran ini. Pertama, amalan seorang ketua parti politik menghadap Raja atau Sultan untuk menyembahkan nama calon Menteri Besar yang mempunyai majoriti selepas pilihan raya adalah satu proses Perlembagaan dan Demokrasi yang sah. Ia berlaku di semua negeri di Malaysia. Melabelkan proses Perlembagaan ini sebagai menceroboh arena adat adalah satu putar belit fakta yang sangat mengelirukan.

Kedua, Rais Yatim bertanya, adakah Undang Yang Empat diperhitungkan? Persoalan sebenar yang beliau sengaja tutup adalah, Undang Yang Empat yang mana satu yang beliau maksudkan? Mari kita buat matematik mudah status penyandang yang beliau pertahankan itu. Fakta nombor satu, Undang Sungai Ujong telah pun dipecat oleh luaknya pada 13 Mei 2025. Fakta nombor dua, Undang Jelebu juga telah dilucutkan mandatnya melalui Kerapatan Adat pada 31 Mei 2023. Fakta nombor tiga, pelantikan Undang Rembau adalah tidak sah dari segi giliran adat kerana ia sepatutnya menjadi hak Kampung Tanjung, bukannya Kampung Pulau. Malah, Ibu Soko Kampung Pulau sendiri mengesahkan pelantikan itu bermasalah.

Kesimpulannya, tiga daripada kerusi Undang yang didakwa oleh Rais Yatim itu telah pun kosong atau disandang oleh individu yang tidak sah dari segi adat. Buat masa ini, Undang bagi luak Sungai Ujong dan luak Rembau sudah mempunyai pengganti yang sah, manakala luak Jelebu masih kosong. Dan fakta yang paling menampar naratif Rais Yatim adalah, kedua-dua Undang yang sah ini hadir dengan rasminya ketika istiadat angkat sumpah Ismail Lasim! Rais Yatim sedang bersembunyi di sebalik kumpulan bekas pemimpin yang telah hilang kuasa, untuk menghalalkan naratif politik peribadinya. Fakta tidak boleh menipu. NOKTA.

Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.

Tonton di TikTok