Transkrip episod
Siapa Sebenarnya Kena 'Banned' Oleh Injunksi DKU?
Semakan Fakta Dakwaan Rais Yatim · Perintah Mahkamah 5 Jun 2026
- Siri
- Krisis Nogori
- Episod
- 9
- Panjang
- 1 min baca
- Lampiran
- 0
Satu lagi episod manipulasi fakta undang-undang sedang dimainkan di Negeri Sembilan. Kali ini, Tan Sri Rais Yatim dengan yakinnya mendakwa bahawa Dewan Keadilan dan Undang, atau DKU, tidak boleh bersidang kerana kononnya telah dihalang oleh satu perintah injunksi mahkamah. Betul ke mahkamah halang dewan tertinggi ini? Mari kita dengar sendiri kenyataan beliau.
Mari kita baca perintah mahkamah sebenar bertarikh 5 Jun 2026 yang disembunyikan konteksnya oleh Rais Yatim. Hakikatnya, injunksi ini dikeluarkan bukan untuk menghalang DKU yang sah. Mahkamah telah meluluskan injunksi yang dipohon oleh pihak Defendan, iaitu DKU, untuk menyekat Plaintif! Mahkamah dengan jelas menghalang kumpulan Undang ini daripada memandai-mandai mengadakan mesyuarat haram dan menggelarnya sebagai mesyuarat DKU.
Jadi, apa sebenarnya yang dihalang oleh mahkamah? Jika kita teliti perenggan satu perintah ini, mahkamah secara spesifik menghalang kumpulan Plaintif ini daripada memanggil atau mengendalikan mesyuarat haram yang mereka cipta sendiri pada 5 Jun 2026. Lebih berani, dokumen mahkamah ini juga mendedahkan percubaan Plaintif untuk memecat atau menggantung tugas Setiausaha DKU yang sah. Bermaksud, injunksi ini dikeluarkan untuk melindungi pentadbiran adat yang sebenar daripada dirampas oleh kumpulan yang tidak berpuas hati. Mahkamah bukan membekukan DKU, mahkamah sedang mematikan DKU palsu.
Kesimpulannya, kenyataan Rais Yatim bahawa mahkamah menyatakan dewan tidak boleh bersidang adalah satu putar belit fakta perundangan yang amat mengelirukan, apatah lagi keluar daripada mulut seorang tokoh veteran undang-undang. Fakta yang tepat adalah, mahkamah menghalang Plaintif daripada menyamar dan merampas kuasa sebagai DKU. DKU yang sah dan mematuhi perlembagaan tidak pernah dihalang untuk terus berfungsi. Berhentilah memutar belit dokumen mahkamah demi menghalalkan naratif peribadi. Fakta tidak boleh menipu. NOKTA.
Transkrip disalin terus dari skrip penerbitan episod ini. Angka dieja penuh kerana skrip itu ditulis untuk dibaca kuat.
Tonton di TikTok